![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmLUTm3XLiE8-z5QA5BqcQ8a8l0N4S6-2tvWbkJDEVX7MGJWpYNilNAtwOx3qyUd7nNCdOfcywVkt7PcuBvpcy6dbvvkwdT9hYtUDdceF9R9D2cr5URYsWnM1Mz7btZdEXeGYyixN6mvI/s1600/Haqiem+Rusli.jpg)
Kontroversi melibatkan penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli, 20, terus diperkatakan netizen dan peminat.
Umum sedia maklum bahawa pelantun Tergantung Sepi ini telah memadamkan semua foto dalam Instagramnya awal Syawal lalu dan memberitahu akan membuat keputusan sama ada mahu kekal atau bersara dari dunia hiburan pada Julai.
Tindakan itu ekoran daripada masalah peribadi dan kemurungan yang dihadapinya sejak bergelar selebriti.
Bagaimanapun dua hari lalu, Haqiem menerusi akaun Twitter dan Instagram miliknya mengumumkan dia akan terus menyanyi dan memohon maaf.
Namun tindakan Haqiem itu sekali lagi mencetuskan perbalahan kerana ramai berpendapat dia tidak sepatutnya menggunakan isu kemurungan kerana ia adalah perkara yang serius dan sensitif.
Tidak lama selepas memuat naik status berkenaan, Haqiem dilihat menutup ruangan komen di Instagramnya dan sekali lagi memuat naik permohonan maaf menerusi Insta Storiesnya, kira-kira jam 3 petang tadi.