Fasha Sandha peluk Aidil Aziz lagi


Baru bulan lepas video Fasha Sandha memeluk dan mencium pelakon Aidil Aziz tular dan menjadi kecoh perbualan netizen. Diva sangka mungkin sudah tidak ada lagi.

Rupa-rupanya, beberapa hari lepas Diva perasan sebuah lagi video dikongsikan oleh seorang jurugambar yang memang selalu mengikuti Fasha ke acara-acaranya di akaun Instagram.

Wah! Diva sendiri terbeliak mata melihat video itu. Memang mesra betul mereka berdua itu. Diva perhati sahaja Fasha peluk erat-erat Aidil. Wajah masing-masing memang nampak bahagia.

Ramai juga yang menekan butang like video tersebut. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, video tersebut dipadam daripada akaun jurugambar berkenaan.





Diva difahamkan adegan peluk itu berlaku sewaktu Fasha membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Aidil di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Wah, beruntung Aidil. Walaupun masing-masing tidak mengesahkan mengenai status hubungan mereka, tetapi kalau gaya begitu, memang bukan sekadar kawan sahaja.

Lagipun tak silap Diva, Fasha sebelum ini beritahu dia memang masih berstatus solo, tetapi sudah tidak available katanya. Orang putih kata, single but not available. Maksudnya itu, sudah ada kumbang di taman.

Diva doakan agar masing-masing terus kekal bahagia. Fasha pun mungkin sudah bersedia untuk berumah tangga lagi selepas ini.

Bolehlah, Diva merasa nasi minyak. Lagipun, ramai yang gembira melihat kebahagiaan Fasha dengan Aidil kini.

Post a Comment

Previous Post Next Post