Siti Nordiana Tak nak berlakon dengan Alif Satar lagi


Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau Nana menegaskan tidak ada sesiapa mendesak dia untuk membuat keputusan tidak mahu berlakon lagi di samping pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar.

Nana, 34, juga menafikan keputusan itu dibuat untuk menjaga hati individu yang rapat dengannya terutama keluarga.

"Tidak ada sesiapa yang desak saya atau keputusan ini dibuat untuk menjaga hati pihak lain.

"Macam saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu terus bergantung dengan Alif saja. Saya ingin luaskan bakat lakonan sendiri.

"Untuk itu, saya harus mencari peluang berganding dengan pelakon lain pula. Saya yakin setiap orang ada kelebihan mereka.

"Malah, saya juga menghargai sokongan peminat yang sukakan gandingan kami (dengan Alif). Cuma, biarlah dihenti seketika," katanya.

Nana dan Alif mula digandingkan menerusi drama Dia Semanis Honey pada 2016.

Melalui drama itu, nama dan bakat lakonan mereka menjadi perhatian penonton.

Terbaru, pasangan yang pernah mendapat jolokan 'Mrs Honey' dan 'Mr Bee' itu digandingkan dalam drama Klik Pengantin Musim Salju yang disiarkan jam 7 malam di Astro.





Menurut Nana, demi sokongan peminat dia dan Alif sudah banyak melakukan kerjasama termasuk menghasil single duet terbaru, Sebenarnya.

"Tidak cukup itu, kami turut berganding dalam satu konsert istimewa, Just Us Alif Satar & Siti Nordiana di Singapura pada 31 Ogos nanti.

"Saya dan Alif sudah melakukan sebaiknya untuk memenuhi setiap hasrat peminat yang menyokong karier seni kami berdua selama ini.

"Cuma, kini saya mahu 'berehat seketika' daripada bekerjasama dengan Alif dalam lakonan. Saya yakin ada rezeki suatu hari nanti, kami akan berganding semula," katanya.

Dek kerana keserasian dalam gandingan mereka, Nana dan Alif kini turut mendapat jolokan pasangan 'Kajol & Shah Rukh Khan Malaysia'.

Post a Comment

Previous Post Next Post