Sebulan batuk berdarah, Abby Abadi di tahan wad


Selepas sebulan mengalami batuk berdarah, demam, darah tinggi dan cirit birit, Abby Abadi akhirnya terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan sejak kelmarin.

Pelakon dan bekas ahli kumpulan Elite itu berkongsi berita berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Abby, dia sudah cuba untuk mendapatkan rawatan dengan mengambil dua botol ubat batuk, namun batuknya tidak juga hilang malah ditambah dengan penyakit lain.

“Allah bagi rehat kejap setelah sebulan batuk berkahak, berdarah, demam on off, darah tinggi dan cirit birit.

“Mula-mula ingat boleh baik sendiri, makan ubat batuk sudah dua botol tapi tak hilang-hilang juga batuk ni. Doakan agar saya dapat jaga diri, jaga badan dan jaga makan lepas ini,” tulisnya.

Tambah Abby lagi, berat badannya juga turun 1 kilogram (kg) disebabkan sakit berterusan selama sebulan yang dialaminya itu.

Dalam pada itu, bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza juga datang melawat pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas itu.





Post a Comment

Previous Post Next Post