Nora Danish Kenapa suka hina Ney Ney


"Apa salah Ney Ney pada anda," luah aktres Nora Danish mengenai sikap netizen yang tidak berhenti membahan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya, Ney Ney.

Nora menerusi akaun Instagram tampil bersuara terhadap segelintir individu yang dianggap menghina anaknya tanpa rasa bersalah.

Nora akui terkilan apabila komen yang ditulis mengenai anaknya itu seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.

"Malam yang sangat emosi. Saya terkilan, anak saya ini bukan anak mat salih yang perlu nampak sempurna.

"Anak saya Melayu. Semua manusia dalam dunia ini ada keistimewaan masing-masing. Nak kutuk, membawang ke, kutuklah benda lain.

"Kutuk ciptaan Allah, tidak ada rasa takut dalam hati," tulisnya di Instagram Stories.





Menurut Nora, sebagai selebriti dia juga punya hati dan perasaan apatah lagi membabitkan anak.

"Kalau kita ada buat salah, tegur... tak perlu membawang tanpa sebab. Cuba membawang keluarga sendiri tengok apa dia orang rasa.

"Kepada 10 peratus yang hati hitam tu saya doakan Allah beri hidayah pada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah.

"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur, Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," katanya.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post