Andi Bernadee Saya tak curi lagu artis lain


Penyanyi, Andi Bernadee, mengakui sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen di laman sosial apabila tampil dengan lagu Semalam Sahur Di Mana nyanyian asal Roy Ricardo.

Katanya, dia sudah pernah berhadapan dengan situasi sedemikian pada penghujung tahun lalu selepas menyanyikan lagu 'cover' Tak Tun Tuang.

"Biasalah, pasti ada yang akan bercakap dan kata saya curi lagu. Siap 'tag' nama Roy Ricardo tapi kalau diperhatikan awal video klip pun, nama dia ada tertulis sebagai komposer dan penulis lagu.

"Saya tidak terasa pun dengan kata-kata negatif netizen. Saya sudah pernah melalui situasi sama ketika buat 'cover' Tak Tun Tuang. Ketika itu macam-macam orang cakap. Biarlah, saya malas ambil tahu," katanya.





Tambah Andi lagi, pihak Warner Music sudah terlebih dahulu memaklumkan dan meminta kebenaran Roy untuk menyanyikan semula lagu itu.

"Pihak Warner Music Malaysia sendiri meminta kebenaran dari Roy untuk saya nyanyikan semula lagu itu. Proses agak mudah kerana Roy juga bernaung di bawah Warner Music Indonesia.

"Sebenarnya, tidak timbul pun saya curi lagu atau plagiat. Semuanya dibuat mengikut prosedur yang betul," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post