
Pelakon cantik Mia Ahmad menerusi Instagram story (IG Story) baru-baru ini ada berkongsi perihal tips kehamilan semula kepada wanita yang pernah keguguran.
Kata Mia Ahmad, 30, apa yang penting dalam tempoh selepas keguguran itu adalah menjaga kesihatan diri dan pengambilan pemakanan yang sihat serta banyakkan berdoa kepadaNya.
"I received this question a lot. I got pregnant next following month after my miscarriage.
"Knows when is your most fertile day, take vitamins and eat healthy food.
"Most importantly doa banyak-banyak pada ALLAH," coretnya.
Pada masa sama aktres popular menerusi drama Hati Perempuan turut memohon doa agar proses bersalinnya nanti berjalan dengan lancar.
"Saya juga minta anda semua doakan semoga proses melahirkan baby nanti dipermudahkan.
"Saya doakan juga semoga rezeki dari ALLAH ini cepat sampai pada anda," tulisnya lagi.
Terdahulu Mia Ahmad mengalami keguguran pada awal Disember tahun lalu.
Mia ketika dihubungi Sinar Harian bertanyakan tentang perkembangan kesihatan anaknya.
Ujarnya, bayi dalam keadaan sihat walafiat dan dijangka bakal lahir pada September depan.
Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan, 13 Januari 2017.