Krisdayanti beraya di Bali


Syawal kali ini, penyanyi Krisdayanti menyambut lebaran bersama keluarganya di Bali, Indonesia selama seminggu.

Menurut pelantun lagu hit Menghitung Hari itu, dia berada di Pulau Dewata selama seminggu.

“Saya menyambut Aidilfitri di Bali kerana ayah saya di sana.

“Bahkan, anak-anak dari Timor Leste juga bersama-sama saya kali ini,” katanya seperti yang dilapor portal Tribunnews.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran Syawal kali ini dia tidak diraikan bersama dua anaknya, Aurel dan Azriel.

“Kali ini mereka beraya mengikut Anang (bekas suami) di Jawa,” kongsinya.





Post a Comment

Previous Post Next Post