Fizi Ali Pada mulanya, saya rasa sedih


Aidilfitri tahun ini mungkin sedikit berbeza bagi penyampai radio Suria, Fizi Ali yang memegang status sebagai suami kepada pelakon cantik, Shakilla Khoriri.

Jika sebelum ini, mungkin persiapan raya dilakukan seorang diri, kali ini tidak lagi.

Berkesempatan bersua bicara dengan jejaka berusia 29 tahun ini di Studio Utusan baru-baru ini membuka ruang untuk bertanyakan tentang perihal dan persiapan rayanya setelah mempunyai isteri.

“Kalau ikutkan, sebenarnya tidak ada beza sangat, sebelum ini pun, saya memang jenis yang jarang beli baju raya.

“Cuma, lepas kahwin, Shakilla yang akan carikan dan belikan baju raya mengikut cita rasanya tetapi saya faham apa yang dia belikan atau putuskan adalah yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Ditanya di mana dia akan beraya pada tahun ini? Ini jawapan yang diberikan penyampai segmen Suria Pagi bersama Zulin Aziz dan Sharifah Shahirah ini.





“Sebelum raya lagi, saya dan isteri memang sudah berbincang untuk balik beraya di rumah siapa. Tahun ini, kami beraya di kampung halaman Syakilla iaitu di Kuala Kangsar, Perak.

“Pada hari raya kedua, kami beraya di kampung sebelah saya iaitu di Mersing, Johor,” jelasnya yang hanya bercuti raya selama tiga hari sebelum memulakan tugas seperti biasa esok.

Menyambung bicara, Fizi sempat berkongsi tentang kehidupan yang ditempuh sebagai seorang suami.

“Bila dah kahwin dan menyambut hari raya, saya tahu macam mana nak bahagikan masa dengan keluarga belah saya serta belah isteri.

“Pada mulanya, saya rasa sedih sebab tidak dapat balik beraya di rumah keluarga tetapi tidak mengapa, lumrah orang yang sudah mendirikan rumah tangga, lagipun emak saya seorang memahami,” ujarnya yang mempunyai tiga pasang baju raya.

Post a Comment

Previous Post Next Post