Eyra Hazali mula terbuka tayang teman lelaki


Eyra memuat naik gambarnya memakai pakaian sedondon bersama teman lelakinya di Instagram.

Bercakap pasal pelakon Eyra Hazali ini, Diva memang ada dengar yang pelakon cantik itu sedang berkawan dengan pemain bola sepak, Haziq Nadzli. Cumanya, setahu Diva, Eyra sendiri tidak berapa gemar untuk mencanangkan cerita perihal peribadi kepada umum.

Bahkan, dengarnya ahli keluarga Eyra pun kalau boleh biarlah tidak ditulis cerita pasal hubungan cinta itu. Bagaimanapun, baru-baru ini ada yang beritahu Diva, Eyra seolah-olah semakin bersikap terbuka untuk berkongsi kepada umum mengenai jejaka kacak yang bermain untuk pasukan Johor itu.





Bukan apa, Diva diberitahu, Eyra ada memuat naik beberapa gambar dirinya bersama pemain bola sepak itu di Instagram. Paling menarik perhatian ramai apabila gambar itu memaparkan mereka berdua memakai baju raya sedondon sama warna.

Wah, maksudnya, raya kali ini sudah ada tema warna baju raya lah nampaknya. Amboi, kalau baju pun sudah sedondon, itu memberi gambaran bahawa hubungan tersebut memang semakin serius. Cumanya, sekarang ini Diva tidak tahu status sejauh mana fasa perhubungan mereka.

Bagaimanapun, ada yang beritahu gambar mereka bersama itu disebabkan terlibat dengan rangka promosi sebuah butik. Oh, kalau betul, maksudnya, teman lelaki Eyra pun sekarang sudah mula diambil untuk buat promo produk jugalah.

Post a Comment

Previous Post Next Post