Menyedari perbuatan menggunakan gambar pelakon Ifa Raziah tanpa izin sebagai pelaris produk, Siti Nur Syahirah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya.
Permohonan maaf itu dibuat Syahirah selepas Ifa Raziah memuat naik status tidak puas hati di laman sosialnya di Facebook dan Instagram.
Pun begitu, pelantun popular menerusi lagu Gemerincing Rindu ini menerima permohonan maaf tersebut sekali gus memadam status ketidakpuasan hatinya.
"Dia ada menghubungi saya menerusi direct message di Instagram dan memohon maaf berhubung isu menggunakan gambar saya tanpa izin bagi produk kurus dia.
"Pada masa sama dia juga meminta untuk memadam status yang saya muat naik di Facebook dan di Instagram," jelas Ifa.
Dalam pada itu, figura berusia 43 tahun ini juga memohon maaf kerana menyedari kata-kata yang diluahkannya sebelum ini agak kesat.
"Saya juga minta maaf sebab tulisan saya agak kesat. Manakan tidak dalam keadaan marah dan penat pada ketika itu, memang 'naik hantu' lah saya," katanya lagi.
Tambah Ifa lagi, jika mahu menggunakan strategi pemasaran boleh hubungi dia untuk membuat paid review.
Menurut Ifa, pada masa akan datang bagi yang mahu menggunakan gambarnya untuk ubat kurus produk mereka sila dapatkan keizinan terlebih dahulu.