Sebut sahaja pelakon dan pengarah, Erma Fatima, siapa yang tidak kenal.
Terbaharu menerusi Instagram miliknya, Erma memperkenalkan seorang pelakon baharu kacak yang dikenali dengan nama Dini.
Menurut Erma, dia akan menampilkan jejaka kacak ini dalam telemovie terbaharunya akan datang.
"Comel tak hero baharu saya? Malam ni jugak nak kena buat satu telemovie untuk hero baru I ni. Sapa agaknya heroin yg sesuai?" coret Erma juga lebih dikenali sebagi Mak Cun.
Hasil perkongsian video yang mendapat hampir 80 ribu likes itu ternyata mendapat sokongan penuh oleh netizen dan peminat drama Mak Cun.
Pada masa yang sama, hasil tinjauan Sinar Harian mendapati antara pelakom wanita yang turut memberikan respon seperti Janna Nick dan juga Fathia Latiff.