Bob Yusof rindu arwah ibu


Setiap kali Aidilfitri, tentu akan ada beberapa perkara membuatkan kita teringatkenangan lama.

Bagi penyanyi, Bob Yusof, Aidilfitri akan sentiasa membuat dia terkenang arwah ibunya.

“Arwah ibu meninggal dunia dalam bulan Syawal. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu, memori bersamanya sentiasa bersama saya,” katanya.

Menurut anak jati Limbang, Sarawak ini, ibunya adalah tukang masak hebat dan sentiasa menyajikan hidangan untuk mereka sekeluarga.

“Banyak perkara istimewa bersama ibu dan antara yang paling diingati adalah masakannya. Ada satu menu yang sering dimasaknya iaitu daging masak tomato.

“Tapi, selepas arwah dah tak ada, kami sekeluarga pun tak dapat lagi merasa hidangan itu,” katanya.

Satu lagi keistimewaan ibunya menghasilkan kek lapis tradisi Sarawak dengan ‘signature’ tersendiri.

“Resipi kek lapisnya berbeza daripada kek lapis lain yang ada kerana menggunakan resipi sendiri. Jadi, kita takkan dapat rasa kek lapis ini di tempat lain.

“Kek lapis yang diberi nama kek lapis kasih ibu itu juga diberi pengiktirafan sehingga di peringkat negeri dalam satu pertandingan,” katanya.





Seperti selalu, Bob menghabiskan cuti Aidilfitri di Limbang selama beberapa minggu.

“Saya memang cuti panjang setiap kali Aidilfitri. Tahun ini, cuti sejak 9 Jun lalu hingga 4 Julai depan.

“Kalau ada jemputan persembahan yang memerlukan komitmen besar di Kuala Lumpur, saya akan pulang sekejap dan kembali ke Sarawak,” katanya.

Dia juga terbabit dalam beberapa persembahan di rumah terbuka Aidilfitri sekitar Sarawak sepanjang berada di sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post