Aliff Syukri dapat anak lelaki, isteri bersalin tanpa jahitan


Aliff dan isteri sambut kelahiran anak lelaki.

Isteri kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh ibu kepada pengasas produk kosmetik itu, Rozita Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut pengasas produk Sendayu Tinggi itu, menantunya, Nur Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

"Teruja sangat saya sampai tak pakai kasut berkejar sambut cucu. Senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4 cm.


Rozita berkongsi video wajah cucunya di laman Instagram.

"Tak sampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel. Berat 3.15 kg tanpa jahitan. Alhamdulillah, cucu lelaki yang comel sangat-sangat," tulisnya.

Rozita memuat naik video yang memperlihatkan wajah bayi pasangan itu di laman sosialnya lebih kurang pukul 4.50 petang, Isnin.

Manakala penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut memuat naik video ketika menemani isterinya yang sedang menunggu detik melahirkan bayi mereka.


Wajah anak keempat Aliff dan isteri.

"Penantian enam tahun akhirnyaa. Sumpah nak tengok @shahidadherbs tahan kat bilik bedah pun tak sanggup. Kuatnya pengorbanan ibu. Setuju tak? Siapa ada pengalaman macam ni?" tulisnya.

Sebelum ini, Aliff sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak menyangka dia mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.





Post a Comment

Previous Post Next Post