Ada yang makan hati Siti Nurhaliza semakin kurus


Memang Diva terkesima dengan tubuh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang semakin hari semakin kurus dan menawan. Malah, Diva tengok tubuh Siti kini lagi kurus berbanding sebelum dia mengandungkan permata hati, Siti Aafiyah.

Bukan apa, baru-baru ini Siti ada berkongsi beberapa keping gambarnya di Instagram. Ramai yang terkejut dengan perubahan tubuh Siti yang kini semakin langsing.

Maka, gambar-gambar yang dikongsikan Siti dihujani banyak komen yang memuji penyanyi nombor satu negara itu pandai menjaga badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 19 Mac lalu.

Ramai yang mengatakan Siti kini tak ubah seperti budak sekolah. Malah, ada juga peminatnya yang melayangkan komen, Siti kini seperti zaman dia baru muncul dengan lagu Kau Mawarku, berduet dengan kumpulan 2 By 2 sekitar tahun 1996.





Cuma, Diva dengar ada yang makan hati dengan tubuh langsing Siti itu. Bukan apa, ada yang susah untuk turunkan berat badan selepas melahirkan anak. Namun, Siti pula sebaliknya.

Jadi kepada mereka yang makan hati itu, berusahalah lebih gigih untuk dapatkan tubuh seperti Siti. Bukan apa, Diva tengok Siti memang menjaga pantangnya selepas melahirkan Siti Aafiyah. Jadi, disebabkan itu penyanyi jelita itu beroleh badan sedemikian rupa.

Post a Comment

Previous Post Next Post