Video Caprice bertutur dalam bahasa Melayu tular


Caprice tidak menyangka video yang menampilkannya bertutur dalam bahasa Melayu menjadi tular dan mendapat maklum balas positif daripada umum.

Penyanyi Caprice tidak menyangka video yang menampilkannya bertutur dalam bahasa Melayu menjadi tular dan mendapat maklum balas positif daripada umum.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 31, berkata, video tersebut merupakan video bahasa Melayu pertama yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Katanya, dia berbuat demikian kerana menerima cabaran daripada peminat.

“Segalanya bermula apabila saya menegur sesetengah peminat yang sering merungut mengenai ketiadaan kerja walaupun mereka mempunyai pendidikan taraf tinggi. Saya mencabar mereka untuk mencipta peluang sendiri daripada terus menunggu tawaran pekerjaan.

“Mungkin disebabkan itu mereka pula mencabar saya untuk keluar dari zon selesa dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” ujar Caprice.

Menurut pengasas aplikasi Mengaji.Com itu lagi, walaupun lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, cabaran yang diterima itu bukan satu kesukaran memandangkan dia sememangnya boleh bertutur dalam bahasa Melayu.





“Saya faham dengan situasi mereka yang masih tidak bekerjaya. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan mereka untuk meneroka pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu.

“Contoh terbaik yang saya nampak ialah melalui program ‘YouCanDuit’ di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mereka membuka peluang untuk sesiapa saja mencipta sumber pendapatan sendiri,” katanya lagi.

Selain menerima hampir 2,400 komen dan disukai lebih 300 pengguna Instagram untuk, ia juga telah diparodikan oleh beberapa selebriti tempatan di laman sosial masing-masing.

Antara selebriti yang terlibat termasuklah Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri dan Zulin Aziz.

Post a Comment

Previous Post Next Post