Syura Badron Saya kurus sebab diet


Penyanyi Syura Badron mengejutkan ramai orang menerusi penampilan terbaharunya yang jelas melihatkan wajahnya yang cengkung.

Bagaimanapun wanita 33 tahun ini menafikan keadaannya begitu disebabkan penyakit misteri yang dialaminya ketika menyertai Gegar Vaganza musim keempat (GV4), tahun lalu.

Menurut Syura, berat badannya susut disebabkan dia mengamalkan diet seimbang.

"Ketika menyertai GV4, berat badan saya sekitar 60 kilogram (kg) dan kini saya berjaya mendapatkan berat badan ideal iaitu 49kg dengan mengikut cara diet yang betul.

"Sejujurnya saya tidaklah menyasarkan untuk turun sebanyak ini, mungkin cara diet saya yang betul menyebabkan saya senang untuk turun berat badan.

"Saya juga memang banyak minum air kosong setiap hari dan menyebabkan saya banyak berpeluh. Mungkin ia salah satu sebab juga badan saya turun," jelasnya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Isnin lalu.





Dalam pada itu, Syura kini sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialami itu selepas penyanyi, Bob Yusof membawanya menjalani rawatan tradisonal.

"Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku ataupun mengalami mimpi pelik," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 11 Disember tahun lalu, Syura mendedahkan mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru.

Syura turut memberitahu dia mengalami muntah berterusan, sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara.

Post a Comment

Previous Post Next Post