Zizan Razak beri hadiah apa kat Mira Filzah?


Pelakon popular Mira Filzah, 25, mengakui dia masih berkawan baik dengan pelakon serta pelawak Zizan Razak sampai sekarang.

Menurut pengacara Nona di TV3 dan pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia akui mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.

“Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa.

“Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu,” katanya.

Mira berkata sewaktu ditemui pada majlis pelancaran minuman penghilang dahaga di sebuah pasar raya, hari ini.

Mengulas bila hubungan mereka akan ke fasa seterusnya pula, Mira berkata, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu dari peminat.





“Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,”katanya.

Ditanya apakah hadiah hari jadi yang diterima dari Zizan sempena sambutan hari jadinya pada 2 April pula, Mira berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi dengan peminat.

“Biarlah saya merahsiakan hadiah yang diberikannya pada saya,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post