Senang saja jawapan Syafiq Farhain


“Saya sebenarnya enggan mengulas perkara ini kerana bimbang disalah ertikan. Dalam keadaan sekarang biarlah saya tumpukan perhatian terhadap single terbaru berjudul Kamar Hati. Dia (Saleem) buat kerja dia dan mungkin tidak mahu membabitkan saya,”.

Demikian kata penyanyi Syafiq Farhain apabila ditanya berkenaan pembabitannya bagi menjayakan persembahan penyanyi Saleem yang akan berlangsung di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 20 April ini.

Persembahan berbentuk amal dinamakan Showcase Saleem Raja Balada - Syokkk Ooo ini dianjurkan bagi membantu rakan industri yang kurang bernasib baik.

Syafiq, 24, berkata, sekiranya diajak menonton, dia pasti akan hadir sebagai tanda sokongan terhadap insan yang dikaguminya itu.

“Sekali lagi saya enggan beri komen tetapi sudah tentulah saya takkan melepaskan peluang untuk menonton.

“Secara jujurnya saya berbangga kerana dia berpeluang beraksi dalam persembahan yang agak besar.

“Bahkan, niatnya mengadakan persembahan membantu sesama rakan industri wajar dipuji dan disokong peminat tempatan,” katanya.





Jawapan selamat ini diberikan oleh Syafiq untuk mengekalkan persefahaman yang sudah dibuat oleh syarikat rakamannya, MVM Production dengan Saleem agar tidak mengaitkan Syafiq dengan penyanyi bersuara lunak ini.

Ini kerana, pada tahun lalu pernah tercetus isu kontroversi yang melarang Syafiq daripada mengaitkan dirinya dengan Saleem.


Post a Comment

Previous Post Next Post