Zara Zya & Hafreez Adam bercinta


Hubungan cinta di antara Zara Zya dan Hafreez Adam sebelum ini sudah pun dilaporkan rakan-rakan Cik Pang. Ia bukan lagi rahsia malah kedua-dua pelakon ini turut bersikap terbuka mengenainya.

Zara Zya yang kini mencuba nasib sebagai penyanyi juga mengakui cerita digembar-gemburkan menerusi laman sosial miliknya mahupun Hafreez itu adalah benar.

Cik Pang sendiri turut mengikuti perkembangan kisah cinta pasangan ni dan tidak menafikan mereka nampak benar-benar serius.

Sampaikan untuk ke lokasi drama Monalisa yang kini hangat bersiaran di Astro Prima pun mereka pergi bersama.

Itu belum lagi adegan mesra apabila Hafreez sering mengusik buah hatinya yang kuat melatah turut dipaparkan di laman sosial.

Malah, setiap kali Hafreez dan Zara memuat naik gambar, video mahupun status terbaru pastinya mereka saling berbalas kenyataan.

Wah! Romatik sungguh. Sampaikan ramai gadis kesepian menyimpan impian mahu ada kekasih hati seperti Hafreez.

Begitupun, kalau baca komen ada juga yang tidak percaya dengan pengakuan dua pelakon ini dan mendakwa ia hanya gimik untuk ‘melariskan’ drama Monalisa.





Bahkan ada juga berpendapat sebaik sahaja drama itu tamat tayangan, kisah cinta Zara dan Hafreez pun akan bernoktah.

Cik Pang hanya menggelengkan kepala apabila membaca komen negatif seperti itu kerana nampak sangat mereka tidak gembira apabila Zara dan Hafreez akrab.

Tidak kiralah perkara itu betul atau hanya permainan mereka, andai kita doakan yang baik-baik mana tahu suatu hari nanti Zara dan Hafreez benar-benar saling mencintai.

Bukan itu sahaja, mana tahu selepas habis drama tayangan drama Monalisa Hafreez akan melamar Zara.

Kalau ini menjadi kenyataan jangan lupa jemput Cik Pang, ya!

Post a Comment

Previous Post Next Post