Fathia mengerjakan solat dalam kereta.
Pelakon Fathia Latiff menyifatkan solat yang dikerjakan dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic di sini petang tadi sebagai urusannya dengan Allah.
Menurutnya, dia juga tidak sedar yang kelakuannya sedang mendirikan solat dirakamkan oleh rakannya, penggaya rambut Ridzokumura.
“Saya kerjakan solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya ringkas ketika ditemui selepas berlangsung majlis tersebut.
Perbuatan Fathia mengerjakan solat dalam kereta menjadi persoalan ramai memandangkan keadaan negara yang tidak dalam keadaan darurat dan berkemungkinan tempat yang dituju mempunyai surau.