Siti Nurhaliza teruja turun berat badan


Siti berkongsi gambar terkininya bersama puteri comelnya Siti Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat dalam laman Instagram miliknya.

Selepas 36 hari melahirkan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin teruja berkongsi dengan peminat tentang berat badannya terkini yang turun sebanyak 17.87 kilogram (kg).

Siti, 39, turut berkongsi perkembangan terkini puteri comelnya Siti Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat.

“Hari ini Aafiyah dan ibu buat pemeriksaan doktor sekali. Apa yang tragis hari ini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis.

“Alhamdulillah, semuanya baik dan ibu turut berat sebanyak 17.87kg sekarang. Banyak lagi kena turun ni,” tulisnya.





Post a Comment

Previous Post Next Post