Pelakon Elmy Moin selamat bernikah


Elmy selamat bernikah dengan Irsa pada 29 Mac lalu.

Pelakon Elmy Moin, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Irsa Sahabuddin, 31, pada 29 Mac lalu.

Elmy, 28, sah bergelar suami dengan dua kali lafaz. Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi di Sungai Besi itu, Elmy turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 kepada Irsa.

Selain itu, Irsa turut menerima mas kahwin berjumlah RM300, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

"Alhamdulillah, walaupun dua kali akad dilafazkan, majlis pernikahan berjalan lancar. Apabila sah sahaja kami bergelar suami isteri, tiba-tiba hilang terus rasa gugup dan sungguh lega.

“Majlis akad nikah adalah detik paling mendebarkan bagi saya. Namun perasaan tersebut bertukar teruja beberapa jam sebelum majlis akad nikah," katanya ketika dihubungi.





Pelakon yang popular dengan drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu merancang untuk berbulan madu di Seoul, Korea Selatan, namun belum menetapkan sebarang tarikh kerana jaduak seni yang padat.

Terbaharu, Elmy sibuk dengan penggambaran drama Monalisa. Selain itu Elmy turut membintangi drama Nur untuk slot Samarinda TV3 dan siri Love Is You arahan Michael Ang yang bakal disiarkan di slot Mega Drama Astro Ria.

Post a Comment

Previous Post Next Post