Ernie Zakri tak menyesal hilang 100,000 tontonan di YouTube


Ernie mengutamakan kualiti demi peminat.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti video lirik single terbaharu berjudul Misteri, penyanyi Ernie Zakri sanggup kehilangan 100,000 jumlah tontonan di YouTube.

Ernie berkata, pada asalnya video lirik lagu berkenaan telah dimuat naik di YouTube pada 27 Mac lalu dan telah ditonton sebanyak 100,000 kali.

Disebabkan kualiti audio yang kurang memuaskan Ernie telah memadamkan video tersebut dan memuat naik video baharu pada 29 Mac lepas.

"Saya tidak menyesal memadamkan video yang telah ditonton sebanyak 100,000 kali. Bagi saya apa yang penting adalah kualiti terbaik untuk peminat," katanya pada sidang akhbar pelancaran single tersebut sebentar tadi.





Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, dia mahu video tersebut bertahan lama di laman perkongsian video tersebut dan akan ditonton walaupun selepas beberapa tahun.

Jelas Ernie, sebelum mengambil tindakan berhubung isu kualiti video lirik itu dia terlebih dahulu berbincang dengan pihak pengurusan labelnya, FMC Music.


Post a Comment

Previous Post Next Post