Nadine Chandrawinata amalkan minum yoghurt


Bintang jelita Nadine Chandrawinata mendedahkan rahsia dirinya kekal muda dan bertenaga dengan mengamalkan amalam meminum minuman menyihatkan.

Antara salah satunya adalah dengan meminum yoghurt.

“Yoghurt adalah salah satu minuman kegemaran saya dan ia sentiasa ada di rumah.

“Setiap pagi selepas bangun tidur, saya akan minum air putih kemudian minum yoghurt,” jelasnya seperti dipetik daripada portal KapanLagi.com.

Wanita berusia 34 tahun itu turut memberitahu, dia akan mencampur yoghurt tersebut dengan potongan buah segar.

Selain itu, Nadine juga akan minum yoghurt pada waktu malam.





“Biasanya pada pukul 7 atau 8.30 malam, saya akan minum yoghurt sekali lagi.

“Saya juga akan bersukan dan makan makanan yang sihat,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post