Aman Aziz Imej saya pula yang tercemar


Penyanyi meningkat naik, Aman Aziz mengakui bimbang dengan kewujudan laman Instagram (IG) palsu yang menggunakan namanya iaitu @amanaf2014.

Katanya, laman IG tersebut sudah pun wujud sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) lagi.

“Buat masa ini, memang tak ada benda-benda yang tak elok dipaparkan di akaun tersebut.

"Tapi, perasaan risau itu tetap ada kerana ia juga berkaitan dengan diri saya.

“Nanti, tak pasal-pasal, imej saya pula yang tercemar,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pengumuman segmen baharu stesen radio Era.

Susulan itu, pelantun Sulit ini berharap agar peminat tidak terkeliru dan terpedaya dengan kewujudan akaun tersebut.





“IG rasmi saya ialah @amanazizofficial. Saya pernah cuba menghubungi pengendali akaun tersebut, tapi tak berjaya kerana saya pula kena block (sekat).

“Ada juga ahli keluarga dan pengurusan saya cuba berbuat demikian, tapi juga mengalami nasib sama.

“Jadinya, sampai sekarang saya tak tahu siapa pengendali akaun terbabit,” katanya.

Mengakui terkilan, penyanyi berusia 25 tahun ini juga meminta agar pengendali terbabit segera memadam akaun berkenaan.

“Jika mahu bertindak sebagai akaun rasmi peminat saya, mungkin individu itu boleh hubungi saya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post