Lancar tudung di kelab malam, Neelofa dikecam netizen


Pelakon dan pengacara popular, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memilih untuk mengadakan majlis pelancaran koleksi terbaru tudungnya, BeLofa di sebuah kelab hiburan terkenal ibu kota.

Tindakan Lofa itu dianggap sebagai bertentangan dengan imejnya yang dibawa selain tidak sesuai dengan produk tudung yang dillancarkan itu.

Rata-rata netizen tidak bersetuju malah mengecam tindakan pengcara popular ini kerana menggangap produk seperti tudung tidak sepatutnya dilancarkan di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, Neelofa yang turut meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di majlis yang sama itu tidak mahu mengambil serius tentang kritikan tersebut kerana mempunyai alasan yang tersendiri atas tindakannya itu.



“Saya buat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai kerana apa yang lebih penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi ini dipilih kerana bersuaian dengan tema berbanding beberapa tempat lain yang disenarai pendek.



“Lagi pun kalau pilih tempat lain, saya perlu mengeluarkan wang lapan kai ganda untuk memenuhi kehendak tema,” jelasnya kepda pihak media.

Neelofa meluahkan rasa syukurnya apabila majlis yang turut dihadiri ibu dan adik-beradiknya itu berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang.

Post a Comment

Previous Post Next Post