Ezany Nizariff, Min sudah kahwin?


Ezany Nizariff dan wanita yang hanya dikenali sebagai Min, dipercayai isteri baharunya.

Mizz Lahar berkesempatan ke majlis resepsi perkahwinan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan isteri, Shakilla Khoriri, Ahad lalu. Tahniah diucapkan buat pasangan tersebut. Memang sama cantik, sama padan!

Satu lagi ucapan tahniah Mizz Lahar ingin terbangkan buat pelakon, Ezany Nizariff yang katanya sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Min. Mizz Lahar sempatlah bertemu dan berborak dengan pelakon kacak itu pada majlis resepsi berkenaan.

Inai masih merah di jari, Mizz Lahar pun sengaja bertanyakan soalan cepumas sama ada benar dia sudah berkahwin. Punyalah jenuh dia bermain tarik tali untuk mengakui hakikat tersebut.

“Maaf saya tidak boleh kongsi status terkini saya. Jangan risau saya tidak rahsiakan apa-apa, cuma beri saya waktu.



“Mungkin pertengahan tahun ini saya akan kongsi siapa wanita tersebut,” katanya.

Mizz Lahar tumpang bahagia kalau betul apa yang dikatakan Ezany. Maklumlah, semasa pertamanya dahulu, macam-macam cerita timbul, yang buruklah banyaknya.



“Nanti la saya kongsi, sekarang bukan masa yang sesuai lagi,” katanya yang sebelum ini pernah intim dengan seorang wanita bergelar Datuk Paduka K.

Mizz Lahar sempat merakam gambar Ezany dengan isteri baharunya. Mungkin lebih baik bahagia itu disimpan untuk dinikmati sendiri, bukan tayang sana-sini, kemudian putus sahaja larikan diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post