Elfira Loy Ini ketentuan Allah


Selebriti, Elfira Loy menganggap kejadian yang berlaku sebagai ketentuan Allah bahawa antara dia dan penyanyi Sufian Suhaimi tiada jodoh

Pemilik nama, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, ketika ditemui memberitahu dia kini lebih tenang dan redha dengan perpisahan yang berlaku dan ia adalah persetujuan antara kedua-dua pihak.





"Pertunangan adalah proses untuk saya dan Sufian berkenalan dan pada ketika ini jodoh tidak berpihak kepada kami.

"Saya terima ketentuan ini dan menganggapnya sebagai memori terindah yang pernah ada dalam hidup saya," katanya ketika ditemui pada Karnival Gegaria di perkarangan Stadium Darul Makmur di sini hari ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post