Baju Kahwin Dikritik Ketinggalan Zaman, Ini Komen Yuna


Yuna selamat bergelar isteri pada 26 Januari lalu.

Penyanyi Yuna menegur sebuah akaun Instagram yang mengkritik pakaian pada majlis perkahwinannya yang direka oleh pereka fesyen Hatta Dolmat.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, menganggap pemilik akaun itu tidak berhak memberi ulasan negatif terhadap baju berkenaan.

"Apa sebenarnya yang anda lakukan? adakah anda seorang pereka fesyen? Anda gunakan gambar pada majlis perkahwinan saya dan beri ulasan yang buruk terhadap kerja keras orang lain.

"Adakah anda lihat bagaimana Hatta tidak tidur dan mendedikasikan masanya untuk menyiapkan baju saya dan anda mendedikasi masa anda untuk membuat ulasan sebegini?" tulisnya.

Yuna meninggalkan komen tersebut di akaun I_Knowfashion yang mengkritik baju digayakan penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu sebagai ketinggalan zaman.




Akaun instagram mengkriti baju kahwin Yuna.

Menurut akaun itu, pereka fesyen itu seharusnya mereka baju yang lebih terkini dan boleh menjadi ikutan masyarakat.

Sementara itu, Yuna turut mencabar pemilik akaun itu mendedahkan identiti dan pemakaiannya supaya boleh dinilai oleh orang lain.

"Tolong muat naik satu lakaran tentang fesyen anda atau sesuatu yang anda pakai agar kami boleh lihat sejauh mana anda tahu tentang fesyen.



"Saya harap anda bangun tidur esok pagi menggunakan minat anda dalam fesyen kepada sesuatu yang positif yang boleh dikongsikan kepada dunia," ujarnya.

Dalam pada itu, komen Yuna telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Segelintir netizen menganggap kritikan terhadap baju berkenaan bukanlah satu penghinaan, sebaliknya sebagai panduan kepada pereka fesyen itu untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang lebih baik pada masa depan.

Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Yousof pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam dengan sekali lafaz.

Post a Comment

Previous Post Next Post