Adam Shaz Saya akan lawan dia di mahkamah


"Tak nak mengaku? Memanglah, siapa nak mengaku buat benda tu?,” kata Adam Shaz berhubung dakwaannya dikatakan dibomoh oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Fatin Afeefa.

Biarpun dinafikan, Adam bertegas mempunyai semua bukti seperti yang didakwa.

“Tak apa bila dia kata tak buat, tapi saya juga ada semua bukti.

“Bukti mesej, perbualan, kecurangan, dia jumpa dengan siapa dan pergi mana, semuanya saya ada,” katanya pada Sinar Harian.

Malah, pelakon berusia 36 tahun ini tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti tersebut kepada umum sekiranya keadaan semakin tegang.

“For sure saya akan keluarkan everything. Buat masa ini, saya nak lihat dulu apa ‘permainan’ dia.

“Tapi, bila saya dah keluarkan semua (bukti) itu, ia bermakna saya akan lawan dia di mahkamah,” katanya.



Susulan kes dibomoh, bintang filem Juvana ini mengakui terlantar sakit sejak Julai 2017.

“Akibat dibomoh, diri saya seolah-olah diperbodohkan malah keadaan diri saya juga seperti orang yang dalam kebingungan.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin sembuh tapi ada masanya tidur malam saya kerap diganggu,” katanya.

Pada masa sama, Adam mengakui marah apabila dikatakan masih menganggu bekas isterinya itu.



“Dia kata saya ganggu dia, siap buat report polis dan fitnah saya. Dia benar-benar melampau kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya,” katanya.

Bagaimanapun, Fatin ketika dihubungi enggan memberi apa-apa kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat Adam.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Pasangan ini bagaimanapun bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 30 Mei 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post