Raja Afiq Berang Dikaitkan Pinjam Ah Long


Raja Afiq kesal sebuah blog guna wajahnya.

Pelakon Raja Afiq berang apabila wajahnya digunakan sebuah blog hiburan mengaitkan dirinya sebagai salah seorang antara 300 artis yang sedang diburu Ah Long.

Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 24, menerusi laman Instagram pada Rabu berkata, dia tidak pernah membuat pinjaman dan hanya menggunakan duit sendiri untuk semua perkara yang dilakukan.

"Assalammualaikum semua, terima kasih kepada yang keluarkan benda macam ni. Agak-agaklah aku guna duit sendiri untuk bayar semua benda, tiba-tiba cakap hutang Ah Long dan letak gambar macam itu kat depan," ujarnya.


Raja Afiq turut memberi amaran kepada pihak tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap perkara yang menjatuhkan maruah dan reputasinya.

"Nak buruk-burukan orang agak-agaklah, jangan sampai aku ambil tindakan kepada orang yang keluarkan benda macam ni," tulisnya.



Terdahulu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mendedahkan 300 orang artis sedang diburu Ah Long kerana meminjam wang secara haram disebabkan kekurangan tawaran kerja.

Mereka membuat aduan kepada Seniman agar nasib dan keselamatan mereka terbela.

Post a Comment

Previous Post Next Post