Keadaan Norlida Ahmad kini stabil di ICU PPUM


Pelakon popular era 1980-an, Norlida Ahmad yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini berada dalam keadaan stabil dan masih dipantau doktor.

Norlida, 58, atau popular de­ngan panggilan Connie dimasukkan ke ICU PPUM pada Ahad lalu akibat terlebih asid dalam darah.

Keadaan ini disebabkan kurangnya pengambilan makanan beralkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dia pada mulanya menunjukkan simptom seperti demam panas apabila seluruh badannya menggigil sehingga perlu dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Menurut anaknya, Ally Ma­risha Abdullah, 18, doktor mendapati terdapat lebihan asid dalam tubuhnya ibunya dan ia telah merebak ke buah pinggang serta hati.

Connie dipindahkan ke wad ICU bagi menghalang lebihan asid itu merebak ke jantung yang boleh menjadikannya lebih serius.



“Setakat ini ibu berada dalam keadaan separa sedar dan stabil namun masih dipantau doktor.

“Sebelum ini, ibu tidak mempunyai sebarang penya­kit serius dan sering menjaga makan serta kesihatannya,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Connie yang juga sepupu kepada aktres Ogy Ahmad Daud popular dengan filem-filem se­perti Suara Kekasih, Tujuh Biang Keladi dan Mahsuri.

Post a Comment

Previous Post Next Post