Janda Ada Peluang Dekati Andi Bernadee


Andi tidak meletakkan sebarang kriteri dalam mencari teman hidup.

Penyanyi Andi Bernadee berkata dia tidak pernah meletakkan kriteria tertentu dalam mencari teman hidup.

Menurut Andi, 26, dia tidak kisah jika ditakdirkan berjodohan dengan wanita berstatus ibu tunggal atau janda.

"Kalau tanya mengenai jodoh, saya tak kisah soal rupa dan status wanita yang bakal menjadi isteri kelak.


Andi tidak memilih tentang soal teman hidup.

"Tak kisahlah jika dia berstatus janda atau bertubuh besar sekalipun kerana itu semua adalah soal kedua.

"Apa yang penting, saya impikan seorang isteri yang memahami dan sanggup melalui susah senang bersama hingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu, Andi memberitahu dia masih belum mempunyai teman wanita dan tidak mahu memikirkan soal cinta.


Andi mahu fokus dengan kerjaya seni.

Ujarnya, buat masa ini dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni yang semakin berkembang.

"Sekarang ni saya masih single lagi dan belum berpunya. Kalau ada kenal pun, hanya kawan-kawan biasa sahaja.

"Saya rasa ini masa untuk membina kerjaya dan rugilah kalau saya sia-siakan peluang yang ada ini," katanya.


Andi akui bimbang jika hanya dikenali kerana lagu parodi Tak Tun Tuang.

Menyentuh mengenai karier, penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf ini berkata dia dalam perancangan menghasilkan lagu terbaharu awal tahun ini.

Bagaimanapun dia masih belum dapat mengesahkan tentang perkara tersebut kerana masih dalam perbincangan.



"Perancangan tahun ini ada banyak, tapi semuanya masih dalam perbincangan bersama pengurusan dan akan dimaklumkan kelak.

"Oh ya, tak lama lagi saya akan muncul dalam lagu Tak Guna featuring bersama penyanyi Anis Al Idrus," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post