Ernie Zakri Pertama kali bertanding di AJL


Bahang kehangatan program tahunan muzik paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) diakui menjadi platform terbaik buat salah seorang pesertanya, Ernie Zakri untuk memacu kerjayanya tahun ini.

Menerusi AJL32, penyanyi asal Kuala Lumpur itu akan memberi saingan terhadap 11 lagu lain menerusi lagu Aku Cinta, duet bersama Syamel.

Menyifatkan penyertaan sulungnya di AJL adalah sesuatu yang menggembirakan, Ernie bagaimanapun Ernie mengakui bimbang kerana finalis lain juga tidak boleh dipandang sebelah mata.



“Industri muzik di negara ini kian berkembang. Kalau kita lihat senarai lagu yang berjaya mara ke final pun hebat belaka. Malah vokal mereka juga cukup baik. Jadi saya sendiri tentunya gementar, bimbang dan takut. Harapnya saya diberi kesihatan yang baik menjelang malam final nanti, Insya-ALLAH,” kata Ernie ketika ditemui Sinar Harian di sidang media AJL32 di Hotel JW Marriot, baru-baru ini.



Ditanya konsep persembahan untuk Aku Cinta, penyanyi berusia 25 tahun ini bagaimanapun tidak mahu mendedahkannya terlalu awal. Sebaliknya, memberitahu persiapannya sudah hampir 70 peratus dan menjanjikan persembahan berlainan.

Post a Comment

Previous Post Next Post