Rossa hampir menitiskan air mata


Penyanyi terkenal Rossa dilaporkan terharu dan hampir menitiskan air mata apabila lagunya yang berjudul Ayat-Ayat Cinta dinyanyikan bersama dengan tiga penyanyi wanita yang hebat dari negaranya.

“Saya hampir menangis di atas panggung ketika menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta tadi. Pertama kali empat suara bergandingan dan mereka merupakan penyanyi yang terbaik di Indonesia.

“Merinding dan mahu menangis. Ia tidak mungkin dapat dilupakan. Terima kasih kerana mahu menyanyikan lagu saya,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Kompas.



Rossa berkolaborasi bersama Krisdayanti, Raisa Andriana dan Isyana Sarasvati di konsert Ayat-Ayat Cinta 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta Rabu lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post