Daiyan Trisha Kalau Tak Menyanyi, Nak Buat Apa?


Daiyan akui berkawan rapat dengan Hafeez sejak digandingkan dalam filem terbaru mereka.

Pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa teruja apabila dapat berlakon dalam filem yang mempunyai elemen muzik memandangkan dia seorang penyanyi.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Nasaruddin, 23, berkata pada mulanya dia menjangkakan akan menyanyi dalam filem tersebut namun sangkaannya salah.

Bagaimanapun menurut Daiyan, penonton bakal melihat sisinya yang berlainan menerusi watak sebagai Vera dalam filem terbarunya, Busker.

"Saya seorang penyanyi, jadi memang teruja bila dapat berlakon dalam filem yang mempunyai elemen muzik

"Mulanya ingat watak yang diberi itu memerlukan saya menyanyi tapi tak ada pun. Saya terfikir juga kalau tak menyanyi, saya nak buat apa?


Daiyan selesa dan senang bekerjasama dengan Hafeez biarpun baru pertama kali digandingkan.

"Tapi rupa-rupanya pihak produksi memberi watak yang menampilkan sisi saya yang membeza di mana saya rasanya ia sangat bagus," kata Daiyan.

Daiyan ditemui ketika malam gala tayangan media filem Busker di Mmcineplexes, E@curve, Damansara pada Khamis lalu.



Selain Daiyan, filem tersebut turut dibintangi oleh Hafeez Mikail, Bulan, Anas Ridzuan dan Mas Khan.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.


Daiyan Trisha.

Dalam pada itu, Daiyan nafi sengaja menimbulkan gosip cinta dengan pelakon Hafeez Mikail untuk mempromosikan filem pertama gandingan mereka, Busker.

Kata Daiyan, hubungan mereka sememangnya rapat semenjak bekerjasama dalam filem tersebut.

"Sejujurnya, saya tak ada niat atau sengaja nak timbulkan gosip cinta dengan Hafeez. Hubungan kami memang rapat tapi sebagai kawan.

"Mula kenal ketika memasuki kelas lakonan yang disediakan pihak produksi. Hubungan semakin rapat sejak jalani penggambaran di Johor Bahru pada Disember tahun lalu.

"Sampailah sekarang, kami masih lagi berkawan baik," kata Daiyan.

Menerusi laporan mStar Online pada 20 November lalu, Hafeez mengakui mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi lagu Kita Manusia itu.

Namun, belum sampai ke tahap bercinta tetapi tidak menolak jika satu hari nanti mereka ditakdirkan untuk jatuh cinta.

Post a Comment

Previous Post Next Post