Netizen kutuk 
Nora Danish berkerusi roda


Diva perasan sejak-sejak akhir ni, pelakon Nora Danish banyak menggunakan kerusi roda.

Malah suaminya, Nedim Nazri sering memuat naik gambar dan video menunjukkan Nora sedang duduk di atas kerusi roda.

Diva faham, dengan keadaan Nora yang semakin sarat, mesti cepat berasa penat tetapi yang Diva tidak faham sekarang adalah segelintir netizen yang mengutuk Nora dengan kata-kata yang tidak sepatutnya ditujukan kepada seorang wanita mengandung.

Macam-macam yang Diva baca termasuklah: “Ko (kau) kenapa berkerusi roda tu? Lumpuh ke?”


Baca komen pun boleh rasa sakit hati tetapi Diva tahu pasti peminat Nora akan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Nora dan pasangan.

Apa pun, semoga Nora dan suami bersabar dengan kata-kata negatif daripada segelintir pengikut industri tanah air.

Post a Comment

Previous Post Next Post