Sasqia Dahuri bakal bertunang dengan ejen hartanah


Sebelum ini, beberapa kali pelakon Sasqia Dahuri didakwa sudah berkahwin dan merahsiakan perkahwinannya.

Beberapa kali jugalah dia terpaksa tampil di media menafikan perkara tersebut.

Pada Diva, lumrah menjadi artis apabila ada sahaja cerita yang tidak masuk akal direka-reka individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Diva rasa pelakon Abang Bomba I Love You itu kini boleh menarik nafas lega apabila baru-baru ini, dia ada melayangkan jemputan kepada Diva ke majlis pertunangannya bersama kekasihnya, Asyraff Khan.


Maka, tiadalah kata-kata dakwaan mengata Sasqia lagi selepas ini.

Apa yang Diva tahu, Sasqia mula berkenalan dengan kekasihnya yang juga merupakan ejen hartanah di Singapura itu sejak empat bulan lalu.

Selepas itu, pasangan itu mengambil keputusan untuk bertunang pada 21 Januari depan dan melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember 2018. Diva doakan semoga majlis pertunangan dan perkahwinan Sasqia dan pasangan dipermudahkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post