Elfira Loy habis RM10,000 untuk alat solek, menyesal!


Reaksi Elfira Loy dalam video yang dimuat naik ke laman Youtube.

Tak pasti mahu kasihan atau sebaliknya apabila Elfira Loy meluahkan penyesalan membeli sejumlah alat solek bernilai hampir RM10,000, yang pasti beliau bertuah kerana tidak ramai wanita sebayanya mampu berbelanja besar.

Selain daripada 'menyesal', Elfira, 23 juga melakukan reviu untuk barangan yang dibelinya di Sephora, Los Angeles di Amerika Syarikat melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman Youtube.

"I spent almost RM10,000 in Sephora. Mampus. Tak tahulah kenapa boleh jadi macam ni, tetapi disebabkan dah sampai kat kaunter, tak boleh patah balik, kita terima jelah," kata Elfira di awal video.

Seterusnya beliau membuat reviu secara individu untuk setiap barangan, antaranya gincu yang bernilai RM123, produk penjagaan muka bernilai RM400 dan 'tweezer' khas untuk solek bernilai RM115.

Akhirnya, Elfira meluahkan penyesalannya di penghujung video.



"I rasa I dah tak betul disebabkan terlalu banyak sangat (buat) reviu, dan penyesalan tu terasa dalam hati.

"Kenapa aku shopping (beli-belah) banyak sangat? Taknak dah beli mekap!" kata Elfira.

Video yang telah ditonton lebih 300,000 pelayar berkenaan menarik reaksi berbeza dari peminat.

"Lashes (bulu mata palsu) je RM428. Matilah nak," kata seorang pelayar, Lily.

"Ramai bising bila EL belanja almost RM10k for the makeup only. Biar pi lah. Dia kerja keras. Kira reward untuk diri dia lah. Macam kita lah dapat gaji, reward untuk diri, pergi shopping," kata seorang lagi pelayar.

Post a Comment

Previous Post Next Post