Iqram Dinzly sengaja tarik perhatian netizen


Pelakon Iqram Dinzly mengakui bahawa perilakunya yang kini tular dan menjadi buah mulut netizen hanyalah sekadar untuk menarik perhatian.

Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin atau kini mahu dipanggil Iq sahaja menjelaskan strateginya ini dianggap berjaya.

"Saya sengaja mahu menarik perhatian netizen yang selama ini terlalu banyak mengkritik semua orang seolah-olah mereka terlalu baik sangat," katanya.

Dalam masa yang sama, Iq juga menjelaskan bahawa ini adalah sebagai salah satu cara untuk dia mendapatkan perhatian umum.

"Sekarang ini saya sengaja 'selerakkan' diri saya selepas itu saya akan 'cantum-cantumkan' semula dan jadi diri yang lebih baik.



"Saya undur diri dari bidang seni lakon, namun saya akan beri tumpuan pada bidang perniagaan yang berkaitan dengan seni pula.

"InsyaALLAH, sekarang ni saya sedang berusaha ke arah yang lebih positif di ruangan LV [ Live Video ] - Zone Princhiqy Dinzly Positivity Cheeqy Cheeqy dan akan membawanya ke dunia realiti sambil menikmati alam semuala jadi yang menghijau berseri," jelasnya.


Ketika dimaklumkan tentang reaksi masyarakat mengenai videonya yang tersebar kini, Iq tidak menafikan bahawa pada mulanya dia tertekan selepas kematian ayahnya.

"Dulu ya tertekan sedikit tetapi sekarang tidak lagi. Saya kena jaga Mama saya. Jangan bimbang saya masih waras," tegasnya.

Cerita Iq semakin hangat diperkatakan apabila dia memuat naik video-video dengan aksi tarian pelik dan ada yang dianggap lucah.

Post a Comment

Previous Post Next Post