Diana Danielle tutup cafe sebab semakin sibuk


Gagal memberikan komitmen sepenuhnya, Diana Danielle mengambil keputusan untuk menutup kafe miliknya, Born & Bread's, sejak beberapa bulan lalu.

Bahkan, selebriti berusia 26 tahun ini mengakui itu adalah keputusan yang terbaik.

"Saya tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya.

"Kebetulan, saya pula semakin sibuk dengan kerjaya seni lagi-lagi selepas saya kembali aktif berlakon dan menyanyi," katanya pada Sinar Harian.

Mengakui pernah menjadi impiannya, bintang filem Hanyut ini bagaimanapun menolak untuk terbabit lagi dalam perniagaan berbentuk makanan.

"Sebab, bila cakap pasal bisnes makanan, every single day kita tak boleh lepas tangan pada orang lain.

"Bila lepas tangan, kita tak akan tahu operasinya nanti. Itu lagi bahaya. Jadi, lebih baik saya tutup," katanya.


Meskipun sibuk dengan kerjaya seni, bintang filem Kami Histeria ini bersedia menggalas tugas barunya sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA).

Katanya, DPA bertujuan menghimpunkan golongan selebriti yang mempunyai minat serta kesungguhan untuk bergelar usahawan yang berjaya dan berintegriti dengan mendapat bimbingan yang betul seterusnya mampu bergiat lebih serius dalam perniagaan berskala besar.

Katanya, golongan artis tidak boleh bergantung pada bidang seni semata-mata sebaliknya perlu mempunyai pelan sandaran yang lebih terjanin demi masa depan yang cerah.

"Saya seronok melihat ramai rakan artis bergelar usahawan malah ada yang dah mampu memiliki premis perniagaan.

"Oleh itu, kita ingin mengajak lebih ramai lagi selebriti yang berminat untuk bergelar usahawan dengan menyertai DPA.

"Pelbagai ilmu dan bimbingan perniagaan yang lengkap akan dikongsikan supaya golongan artis memiliki cukup ilmu untuk bergelar usahawan," katanya.

Tidak keseorangan, Diana turut dibantu sembilan selebriti lain yang sudah mendaftar sebagai ahli tetap iaitu Farid Kamil, Bront Palarae, Hazama, Hafiz, Akim, Stacy, Wan Hanafi Su dan Soffi Jikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post