Siti Sarah masuk hospital akibat tekanan darah rendah


Sarah mulai stabil pagi tadi namun, perlu mendapat rehat yang cukup.

Penyanyi popular, Siti Sarah Raisuddin, 33, dilaporkan berada dalam stabil setelah dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam semalam.

Menurut suami penyanyi berkenaan, Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 33, tekanan darah isterinya menurun secara mendadak menyebabkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, bacaan tekanan darah Sarah mulai stabil pada pagi tadi namun, masih perlu dirawat selain mendapat rehat yang cukup.

"Terima kasih kepada peminat yang banyak mendoakan Sarah agar dia cepat sembuh. Syukur segalanya berada dalam keadaan baik dan kini tekanan darah Sarah juga telah stabil," kata Shuib menerusi video live di akuan Instagram miliknya.


Dalam perkembangan lain, Shuib yang juga penyampai radio Sinar FM mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen tersebut disebabkan terikat dengan beberapa komitmen kerja lain.

"Saya berterima kasih kepada peminat yang telah banyak menyokong. Secara peribadi saya sendiri berasa berat hati untuk meninggalkan Sinar FM tetapi kekangan masa dengan tanggungjawab lain," katanya.

Shuib yang mengendalikan segmen Sepaktu Sinar bersama Rahim dan Jep mula berkhidmat dengan stesen radio terbabit pada 30 November 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post