Mahima Chaudhary kecewa dengan Bollywood


Aktres senior, Mahima Chaudhary mengaku dirinya cukup kecewa dengan industri perfileman Bollywood.

Mahima, 44, yang pernah meletup menerusi filem Pardes memberitahu, dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri gara-gara kekurangan watak yang sesuai dengan usianya.

“Mungkin, sudah tiba masanya penulis skrip dan pengarah untuk bereksperimen dengan watak-watak sebegini.

“Jika tidak, tidak mustahil kami cuma diberikan peranan kecil dalam mana-mana filem,” ujarnya seperti mana dilaporkan portal Times Of India.

Getus Mahima, senario sedemikian tidak berlaku kepada mana-mana aktor seusianya yang masih diberikan peranan penting dalam sesebuah filem.

Post a Comment

Previous Post Next Post