Angelina Jolie semakin cengkung


Selepas berpisah dengan Brad Pitt dan melawan penyakit kanser, tubuh Angelina Jolie kini kelihatan semakin kurus.

Itu yang terlihat menerusi foto Jolie yang berjaya dirakamkan paparazi baru-baru ini.

Sebelum ini, Jolie kerap mengenakan gaun labuh atau pakaian longgar, seolah-olah menyembunyikan kondisi tubuhnya. Namun, baru-baru ini, aktres berusia 42 tahun itu muncul mendadak dengan gaun mini yang menyerlahkan kakinya.

Bagaimanapun, penampilan bintang By The Sea itu mengejutkan peminat-peminatnya. Ini kerana, Jolie yang pernah menerima gelaran aktres terseksi di Hollywood itu kelihatan semakin cengkung.

Post a Comment

Previous Post Next Post