Kejutan Aedy Ashraf buat Nabila Razali


“Bukan bercinta, kami baru kenal.” Itu komen penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 25, mengenai hubungannya dengan pelakon, Aedy Ashraf seperti yang diperkatakan netizen.

Hubungan mereka mula diperkatakan apabila Aedy hadir ke majlis kejutan ulangtahun Nabila baru-baru ini.

Tambah pula apabila Nabila memuat naik beberapa gambar mereka bersama. Pastinya kehadiran Aedy sebagai insan istimewa dalam hidup Nabila.

Kata Nabila, dia sebenarnya sudah lama mengenali Aedy tetapi agak rapat sejak beberapa minggu lalu.

Mengenai kehadiran Aedy di majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 11 November lalu, Nabila menegaskan semua itu perancangan kelab peminatnya.


“Ulangtahun kelahiran saya pada 13 November tetapi kelab peminat mahu buat kejutan pada 11 November. Kehadiran Aedy juga salah satu kejutan daripada mereka tapi tidak bermakna antara kami ada sesuatu.

“Ia tidak lebih seperti rakan-rakan lain yang turut hadir untuk meraikan hari kelahiran saya,” katanya.

Nabila juga tiada masalah berlakon dengan Aedy jika diberi peluang. Bagaimanapun katanya, buat masa sekarang belum ada sebarang tawaran atau rancangan untuk mereka berganding bersama dalam drama.

“Kalau ada tawaran, saya tiada masalah berlakon dengan Aedy,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post