Tayar lori jahanamkan kereta Kamal Adli


Malang bertimpa-timpa buat pelakon Kamal Adli, 31.

Selepas kontroversinya dengan Emma Maembong dan Zahirah McWilson, motosikalnya dicuri dan terbaru terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian di Nilai, Lebuhraya PLUS arah selatan Sabtu lalu, kereta kesayangannya dipandu pemandu peribadi terlanggar tayar lori yang tercabut di kawasan itu.

Katanya, kejadian berlaku jam 5 pagi ketika dia pulang dari Melaka selepas selesai penggambaran filem Escape.

“Alhamdulillah saya dan pembantu peribadi tidak mengalami kecederaan, cuma luka sedikit dan sakit-sakit badan kerana ‘airbag’ terbuka secara automatik akibat hentaman kuat,” katanya.

[CAR AUTOMOTIVE]


Menurut Kamal, kejadian itu memang tidak boleh dielakkan kerana keadaan gelap dan mereka tidak nampak tayar di atas jalan.

“Kejadian berlaku sangat pantas, pemandu peribadi saya gagal mengelak lalu melanggar tayar itu menyebabkan satu hentaman kuat di bahagian hadapan kereta.

“Mujur keadaan lalu lintas ketika itu tidak begitu sibuk. Jika tidak, mesti keadaan akan jadi lebih buruk.

“Tapi kereta remuk teruk kerana hentaman yang sangat kuat. Saya reda menerima ujian yang datang bertubi-tubi ini,” katanya.

Kamal berkata, buat masa ini dia akan berehat seketika sebelum menyambung semula projek lain yang sedang dirancang termasuklah mengeluarkan produk kesihatan sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post