Robert Pattinson, Twigs putus tunang


Robert Pattinson

Baru-baru ini, Robert Pattinson mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita putus tunang dengan Fka Twigs. Satu sumber yang rapat dengan pasangan tersebut mengungkapkan kedua-duanya yang tiga tahun bercinta itu memilih untuk mengakhiri hubungan cinta mereka.

“Dalam dua tahun pertama hubungan, kedua-duanya kelihatan tidak dapat dipisahkan. Pun begitu, beberapa bulan kebelakangan ini Pattinson dan Twigs dilihat menjauh dan jarang bersama,” ujar sumber tersebut.

Mengulas lanjut, dakwa sumber itu, Pattinson mula bosan dengan hubungannya bersama Twigs.

“Dia bosan, maka dia membatalkan pertunangannya dan mengatakan kepada teman-teman bahawa dia tidak lagi berhubungan dengan Twigs,” kata sumber itu lagi.

Walaupun dikhabarkan putus, namun ada sumber yang mengatakan kedua-dua mereka masih mencintai antara satu sama lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post