Anggun profesional meskipun kepenatan


Anggun

Juri rancangan Asia’s Got Talent musim kedua, Anggun mengaku dirinya kepenatan gara-gara jadual kerjayanya yang cukup padat ketika ini.

Cuma pada masa sama, Anggun yang kembali menjadi juri bersama David Foster dan bintang K-Pop, Jay Park pada musim terbaharu Asia’s Got Talent kali ini mengaku dirinya kekal teruja dan profesional.

“Sudah tentu ia memenatkan, namun saya okey dan tidak mahu mengeluh. Dalam tempoh setengah tahun ini, saya telah selesai membuat jelajah di Perancis dan Belgium, selain perlu menyelesaikan lagu-lagu dalam album terbaharu,” ujarnya seperti mana dilaporkan portal Kapan Lagi.

Pada masa sama, pelantun lagu What We Remember itu turut memberikan sedikit panduan buat peserta Asia’s Got Talent musim kedua.

“Peserta kali ini perlu lebih menghiburkan, lebih memiliki variasi dalam persembahan selain mempunyai bakat yang luar biasa dan unik,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post