Ippo Hafiz Konsert duit sendiri berbaloi


Kondert Soundtrack Ippo Hafiz 2017 anjuran penyanyi Ippo Hafiz mendapat pengiktirafan sekali gus tercatat Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjadi konsert soundtrack pertama di Malaysia.

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 28, berkata, pengesahan daripada MBOR itu diterima pada 3 Oktober lalu.

“€œAlhamdulillah, permohonan saya untuk mendapatkan pengiktirafan ini berjaya. Saya memang mensasarkan perkara ini kerana konsert sebegini belum pernah diadakan di negara kita.

“€œDalam masa sama, saya ingin mengimbau kembali nostalgia drama popular tempatan yang menggunakan lagu ciptaan saya sebagai lagu tema. Ia sekali gus memperkenalkan lagi lagu ini kepada peminat,”katanya.

Menurut Ippo, kesemua 15 lagu yang dipersembahkan pada konsert yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu adalah hasil ciptaannya sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah perancangan mengadakan konsert ini dipermudahkan. Meskipun konsert ini dibiayai sepenuhnya menggunakan duit sendiri, saya tidak kisah.

“€œSaya mahu menjadikan konsert ini sebagai pembuka jalan kepada beberapa siri konsert lain yang dirancang pada tahun hadapan. Saya berharap dan mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak berminat menaja konsert saya nanti,”

katanya.

Ippo berkata, konsert yang dirancang sejak April lalu itu membabitkan kos RM100,000.

Konsert itu menampilkan 11 penyanyi termasuk Ippo dan penampilan istimewa pelakon Mira Filzah.

Penyanyi terbabit terdiri daripada Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Irfan Haris, Ronnie Hussien, Syed Shamim, Deen Asimi, Fahd Ezuan dan Neon Band.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Rahsia dan Hujan Sepi bagi drama Teman Lelaki Upahan, Kekal Bahagia, Yang Terindah, Ku Tak Mampu dan Ku Ingin Kamu (Cinta Si Wedding Planner), Redha (Suri Hati Mr Pilot), Menanti Janji (Biar Aku Jadi Penunggu), Pesan (Ku Pinjam Hatimu) dan banyak lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post